![]() |
||
MAKLUMANInsentif sebanyak RM900.00 sebulan bagi tempoh maksima 6 bulan kepada majikan yang menggajikan pencari kerja dari golongan graduan untuk kategori Perantisan di bawah Program JaminKerja. #JaminKerja Majikan akan menerima insentif sebanyak 20% daripada gaji bulanan untuk 6 bulan pertama dan juga akan menerima insentif sebanyak 30% daripada gaji bulanan untuk 6 bulan yang kedua bagi kategori Pencari Kerja Am di bawah Program #JaminKerja Bagi Kategori Malaysianization di bawah Program JaminKerja, majikan akan menerima insentif sebanyak 20% daripada gaji bulanan untuk 6 bulan pertama dan juga akan menerima insentif sebanyak 30% daripada gaji bulanan untuk 6 bulan kedua manakala insentif sebanyak 10% dari gaji bulanan juga turut diberikan kepada pekerja yang diambil sebagai pekerja baharu melalui kategori ini. #MalaysianizationJaminKerja Majikan akan menerima insentif sebanyak 30% daripada gaji bulanan untuk 6 bulan pertama dan juga akan menerima insentif sebanyak 40% daripada gaji bulanan untuk 6 bulan yang kedua bagi kategori Golongan Mudah Terjejas, Wanita dan Pekerjaan Sektor Pelancongan di bawah Program JaminKerja. #JaminKerja |
|